Wednesday 25 July 2012

MALAYSIA PENGENDALI PUSAT KESIHATAN KEDUA TERBESAR DUNIA



Gambar dari artikel Utusan


Baca tak Utusan semalam ni (baca di sini).  Tak sangkalah dalam diam-diam Malaysia telah menjadi pengendali pusat kesihatan kedua terbesar dunia mengatasi Hospital Corporation, Amerika Syarikat. 

DUNIA ok, bukan Asia. 

Pengendali pusat kesihatan kedua terbesar dunia, iaitu IHH Healthcare Bhd ataupun IHH, adalah IPO kedua terbesar di Malaysia lepas FELDA, dan akan disenaraikan serentak di dua negara pula, Singapura dan Malaysia.

Kalau kita tinjau blog-blog dan laman-laman pelaburan dan pasaran saham memang riuh pasal penyenaraian IHH. Memang setiap butir maklumat dikaji dan mereka bincang. Itu tunjukkan betapa minatnya mereka pada penyenaraian ini.

Utusan menyatakan perancangan rapi Khazanah telah meletakkan Malaysia sebagai salah satu hab pelancongan kesihatan dengan rangkaian hospital terbesar di Asia merangkumi negara seperti Malaysia, Singapura, India, China, Brunei dan Emiriyah Arab Bersatu.

Dan adalah dijangkakan rangkaian penjagaan kesihatan IHH akan menarik minat lebih ramai pelancong kesihatan (medical tourist) ke sini, sehinggakan Kementerian Kesihatan anggar tahun depan sahaja pendapatan daripada industri ini akan capai RM600 juta.

Malaysia sehingga kini pun telah menarik ramai pelancong kesihatan terutamanya di rantau ini, yang perlukan khidmat pakar-pakar kesihatan.  Bagus untuk ekonomi kita…

Bukan saja hospital, industri perlancongan juga akan terlibat – hotel, restoran, teksi, van dan macam-macam lagi.  Berapa banyak peluang pekerjaan and bisnes yang akan disediakan.

Itu bab kerja dan bisnes.

Dari segi perkhidmatan, kalau kita tengok IHH yang bertaraf global, mestilah servisnya pun bertaraf globalkan. Mestilah dapat menarik ramai lagi pelancong kesihatan. 

Bukan saja pelancong kesihatan, malah rakyat Malaysia akan bertumpu, harap-harap taklah mahal ya, nama pun hospital swastakan.  Yalah sekarang ni macam-macam jenis penyakit, ada tu tak pernah dengar pun.

Rawatannya pun canggih, kalau dulu kepakaran doctor or human touch tapi sekarang  doctor dibantu oleh alat-alat canggih.  Kadang tu tak nampak pun kesan belah.

IHH juga mampu menarik kembali doktor-doktor kita yang bekerja di luar negara melalui peluang pekerjaan di rangkaian globalnya, di negara ini terutamanya.

Ini akan banyak membantu mengisi kekurangan doktor pakar negara. Jika peluang yang tersedia kompetitif dan setanding dengan apa yang ditawar hospital-hospital di luar negeri, sudah pasti doktor-doktor pakar ini akan memilih untuk berkhidmat di Malaysia.

Kehadiran IHH ini akan menaikkan taraf industri kesihatan di Malaysia, semestinya. Apa yang terhasil dengan perkembangan pesat IHH bukan sahaja manfaat ekonomi tetapi juga membawa kesan positif kepada tenaga kerja. Lebih banyak peluang pekerjaan tercipta, pemindahan kemahiran dan teknologi berlaku.

Tidak mustahil akibat pertumbuhan IHH ini, Malaysia akan menjadi sebuah gergasi kesihatan global.

No comments:

Post a Comment