2,3 hari ni memang hujan lebat dekat kuala lumpur. Tapi pelik bin ajaib, isu Selangor tak cukup air tak reda-reda. Jadi sekarang siapa betul, siapa tipu?
Jadi apa masalahnya sebenarnya, dan kenapa kita yang biasa-biasa ni jadi pelandok terperangkap antara dua gajah berentap?
Susah sangat ke isu ni? Kalau masalahnya ialah pili-pili di rumah penduduk Selangor kering kenapa tidak dicari jalan penyelesaian serta-merta.
Kalau kita lihat rentetan peristiwa, semua bermula bila Syabas mengatakan kadar air terawat di loji-loji rawatan air telah melampaui tahap kritikal dan minta Suruhjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) benarkannya catukan air di Selangor.
Respon kerajaan negeri Selangor di sini bukanlah dengan mencari cara penyelesaian untuk masalah tiada air, tetapi sebaliknya membuat kenyataan yang Syabas tidak reti buat kerja.
Dan kalau kita follow berita-berita yang keluar selepas tu bergilir-gilir kerajaan Selangor dan Syabas keluar kenyataan dan gambar, masing-masing bawak cerita sendiri, bergambar depan empangan penuhlah, bergambar dalam loji kosonglah.
Nak cakap pasal fakta, lagi pening kepala. Dia kata kilang rawatan air dah habis guna, dia pula kata kilang tu boleh buat lagi. Macam tadilah, masing-masing bawak pakar dan jurucakap masing-masing. Kita rakyat nak tahu ada air ke tidak untuk buat kuih je.
Seolah-olah isu air ini sudah jadi satu pertandingan photo op dan press conference di antara mereka berdua, sedangkan rakyat Selangor jadi gundah-gulana tertanya-tanya kalau raya nanti ada air ke tidak?
Isu ini susah seperti yang digambarkan ke? Apa yang rumit sangat tentang air yang boleh berlaku pertelagahan seperti yang tengah berlaku sekarang ini.
MB Selangor, Tan Sri Khalid, selaku MB untuk semua dan bukan untuk mana-mana pihak yang berkepentingan sepatutnya tepikan tuntutan politik untuk selasaikan masalah ini secepat mungkin.
Tapi seolah dia tidak tunjukkan usaha untuk membentuk kesepakatan lansung di antara pihak-pihak yang terlibat di dalam krisis air ini.
No comments:
Post a Comment